Assalamualaikum. Alhamdulillah masih berpeluang untuk menghirup udaraNya hari ni, Isnin bersamaan 13 Jamadil Awal 1434H. Bersyukur kepada Yang Maha Esa ♥ Hijrah. Mendape HIJRAH ni? Kite duk sebut sokmo hijrah, hijrah. Tahu dok maksudnye? Semua tahu doh op, mende maksud hijrah. Tapi Ainn nok kabo gok sini maksud hijrah. Perkataan HIJRAH berasal dari bahasa Arab yang bermaksud meninggalkan suatu perbuatan atau menjauhkan diri dari pergaulan atau berpindah dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain.
"Orang-orang yang berhijrah itu ialah orang yang meninggalkan segala apa yang Allah telah melarang daripadanya." - Riwayat Bukhari dari Abdullah bin Umar R.A
Entry kali ni Ainn nok sebut pasal meninggalkan suatu perbuatan a.k.a HIJRAH. Perbuatan gane ho Ainn? Dari makang nasi pahtu makang pasir? Olohh, mikir makang sokmo. Maksudnye, tinggalkan bende² hok dilarang oleh Allah S.W.T. Everyone has their own past. Tinggalkan alam jahiliyah. Kembali bertaubat ke jalan yang diredhaiNya. Kembali mencari ilmu Allah untuk bekalan di akhirat kelak. Allahu.. Cuba kite muhasabah diri kite ning. Hari ni kite bangun, ucap Alhamdulillah dok lagi atas keizinan Allah wi kite hirup udaraNya? Kite ucap dok Alhamdulillah atas peluang hok Allah bagi untuk kembali kepadaNya? Kite baca Al-Quran dok lagi hari ni? Se ayat jadi doh.
Yee, hijrah bukanlah perkara hok senang. Apetah lagi istiqamah. Lagi susoh op. Nok buleh ke istiqamah tu, rohok. Espeseli istiqamah dalam bab AURAT. Fuhhh, susoh. Istiqamah ni bende hok paling susoh nok capai. Nabi pung dalam sesempurna Nabi, Allah pernoh tegur Nabi hanye sebab Nabi bermasam muke dengan seorang buta ni. Kite ni, sebutlah sokmo "Aku tahu Ya Allah, sapa suatu saat, aku akan lalai. Sekarang aku buleh istiqamah. Kekgi aku akan lalai. Tapi aku mintok Ya Allah, cepat sedarkan aku bila aku lalai." Pesan sokmo ke diri kite ning. InsyaAllah, Allah permudahkan.
Kaki kan aurat. Tutuplah, pakai sarung kaki. Kan comel ♥ :)
SubhanAllah. InsyaAllah, ni lah bakal penghuni Syurga ♥
Ni nok kongsi sikit. Doa kalau bab istiqamah ni, bacelah "Robbana la tuzi' kulubana ba'da izhadai tana..." Sambung diri ah sapa abish. Tahu kang doa tu? Ho, amal hok tu. Se lagi iktikad/pegang/letok kemah keming dalam hati. Seolah-olah tengah bercakap dengan Allah. Sebut sokmo aku ade Allah, aku ade Allah. InsyaAllah, Allah permudahkan urusan kite. Allahumma yassir wala tuassir. Sapa sini dulu entry. Hok saloh dari Ainn, hok betul sume dari Allah S.W.T. Wallahualam. Assalamualaikum ^^





No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum. Sila tinggalkan komen ukhti/akhi di sini ye :)