Assalamualaikum. Alhamdulillah, hari ni Ahad bersamaan 16 Rejab 1434 kita masih berpeluang untuk hidup dan beribadah kepadaNya serta dapat memperbaiki diri kita ke arah lebih baik :') Syukur kepada Allah S.W.T ♥ Hari ni Ainn nok kongsi sedikit sebanyok tentang Solat Bebaskan 12 Seksaan. Mendape 12 seksaan tu Ainn? Haa. Ni nok kabo ni. Kat bawoh ni ada 12 seksaan hok kita dapat elakkan dengan solat kerana Allah. Semoga dapat memberi sedikit manfaat untuk sahabat-sahabat :')
3 Seksaan Semasa Di Dunia.
- Allah S.W.T menghilangkan berkat daripada usaha dan rezekinya.
- Allah S.W.T menghapuskan tanda-tanda kesalihan daripada wajahnya.
- Sentiasa mendapat kebencian daripada orang ramai.
- Berada dalam keadaan sangat haus apabila roh hendak dicabut.
- Berasa sangat sakit ketika rohnya dicabut.
- Dikhuatiri mati dalam keadaan Suul Khatimah, iaitu berakhir ajal dalam kejahatan.
- Ketika ditanya Munkar Nakir, dia berasa sangat sedih dan tidak boleh menjawab.
- Kuburnya sangat gelap.
- Kuburnya sempit sehingga berselisih tulang rusuknya.
- Semasa dihisab amalannya, kejahatannya lebih banyak daripada yang baik.
- Allah S.W.T murka kepadanya.
- Diseksa dengan api Neraka Allah.
Kesimpulannya, dirikanlah tiang Agama ini, agar terbina segala amal! InsyaAllah :') Ini sahaja untuk entry kali ni. Panjang umur, ada masa, Ainn akan update lagi. Biiznillah :) Yang salah dari Ainn, yang betul semua dari Allah S.W.T ♥ Wallahualam. Assalamualaikum.



