Saturday, 25 May 2013

Solat Bebaskan 12 Seksaan.

Views

Assalamualaikum. Alhamdulillah, hari ni Ahad bersamaan 16 Rejab 1434 kita masih berpeluang untuk hidup dan beribadah kepadaNya serta dapat memperbaiki diri kita ke arah lebih baik :') Syukur kepada Allah S.W.T ♥ Hari ni Ainn nok kongsi sedikit sebanyok tentang Solat Bebaskan 12 Seksaan. Mendape 12 seksaan tu Ainn? Haa. Ni nok kabo ni. Kat bawoh ni ada 12 seksaan hok kita dapat elakkan dengan solat kerana Allah. Semoga dapat memberi sedikit manfaat untuk sahabat-sahabat :') 

3 Seksaan Semasa Di Dunia. 
  • Allah S.W.T menghilangkan berkat daripada usaha dan rezekinya.
  • Allah S.W.T menghapuskan tanda-tanda kesalihan daripada wajahnya.
  • Sentiasa mendapat kebencian daripada orang ramai. 
3 Seksaan Semasa Hendak Mati.
  • Berada dalam keadaan sangat haus apabila roh hendak dicabut.
  • Berasa sangat sakit ketika rohnya dicabut.
  • Dikhuatiri mati dalam keadaan Suul Khatimah, iaitu berakhir ajal dalam kejahatan.
3 Seksaan Semasa Di Dalam Kubur.
  • Ketika ditanya Munkar Nakir, dia berasa sangat sedih dan tidak boleh menjawab.
  • Kuburnya sangat gelap.
  • Kuburnya sempit sehingga berselisih tulang rusuknya.
3 Seksaan Semasa Hari Kiamat.
  • Semasa dihisab amalannya, kejahatannya lebih banyak daripada yang baik. 
  • Allah S.W.T murka kepadanya. 
  • Diseksa dengan api Neraka Allah. 

Kesimpulannya, dirikanlah tiang Agama ini, agar terbina segala amal! InsyaAllah :') Ini sahaja untuk entry kali ni. Panjang umur, ada masa, Ainn akan update lagi. Biiznillah :) Yang salah dari Ainn, yang betul semua dari Allah S.W.T ♥ Wallahualam. Assalamualaikum.



Terima kaseh sebab sudi baca entry Ainn :)

Friday, 24 May 2013

Cuti Sekolah.

Views

Assalamualaikum. Alhamdulillah masih bernafas hari ni Jumaat bersamaan 14 Rejab 1434. Alhamdulillah masih bertemu Jumaat, sayyidul ayyam minggu ni :') First of all, maaf sebab lame doh dok update. Last sekali update 25 March. Sekarang dah 23 Mei. Lebih kurang 2 bulan gua dok update belog. Tahniah untuk diri sendiri. *tepuk tangan* Lol. Hee, maaflah ye. Dok update sebab agak busy dengan homework, exam, dannnnnnnnnn malas (-_-) 

Wakaka. Okay. Balik kepada tajuk, Cuti Sekolah. Setelah 'berenang' dalam ombak exam selama 3 minggu, Alhamdulillah kelmarin berakhir jua. Dan cuti sekolah salam 2 minggu menanti. Aaaaaaa :O Sekarang rasa agak lapang sikit dalam minda. Masa exam rasa macam serabuk gila dalam kepala. Dok ahu bende sekali. Baca pun dok berapa masuk sebab terlalu nervous nok jawab exam (-_-) Entah berapa A lah dapat kali ni. Allahu T.T So cuti ni, awok semua bercuti di mana? Hihi. InsyaAllah, Ainn akan ke Kelantan atau Kuantan. Dok pun KL. Hee, dok confirm lagi. Kalau bercuti pun mungkin 1 minggu je. Sebab 1st week adik Hakim ada kelas. Kakak pulok Final Exam. 2nd week Abang dah masuk U balik. Tengoklah guane ;)


Walau apa pun keputusan exam nanti, Ainn dok sedih. Walaupun takdok A suter. Tapi Ainn bangga sebab semua tu dari usaha Ainn sendiri. Cuma perlu perbaiki untuk lebih baik :) Alhamdulillah, Allah pelihara Ainn daripada ikut kata-kata hati hok suruh meniru. Alhamdulillah Ainn dok meniru. Terima kasih Ya Allah :') Sahabat-sahabat yang meniru tu, Ainn dok tahu nok kate apa doh. Sudah ditegur yang Allah nampok kamu menipu, tapi diorang langsung dok endahkan. Kadang terdetik dalam hati ni, nok je suruh Pengetua tolong jaga kelas time exam. Baru diorang dok meniru :3 Kadang geram jugok sebab diorang meniru dalam keadaan bising. Sampai ganggu ambe nok jawab soalan. Last-last blank gitu jeeee T.T

Kita tegur bukan apa, bimbang dok berkat ilmu yang kita tadoh tu. Cikgu pun dah sebut masa exam. Dia kata, "awok meniru, dok berkat ilmu awok." Tersentap jugok masa Cikgu kata gitu. Mungkin Cikgu dah muak dengan perangai pelajar yang meniru. Cikgu kenal sangat anok muridnya. Hmm. Dakpelah. Semuanya serahkan saja kepada Yang Maha Esa :') Lupakan segalanya. Jangan judge orang macam-macam, Ainn. Biar Allah yang judge diorang. Semoga Allah memberi hidayah kepada mereka. Dan semoga Allah merahmati Cikgu-cikgu yang banyok doh bagi ilmu dekat kita :') Terima kasih Cikgu! Hihi.

Oh sebelum lupa! Cuti-cuti jugok ye sahabat-sahabat. Homeworks jangan lupa! HIHI ;D Sampai sini dulu entry Ainn. InsyaAllah ada masa, update lagi. Rabbi yassir wala tu'assir rabbi tammim bi khair. Syukran. Selamat bercuti :D Assalamualaikum.



Terima kaseh sebab sudi baca entry Ainn :)

Monday, 25 March 2013

Hijrah Itu Indah.

Views

Assalamualaikum. Alhamdulillah masih berpeluang untuk menghirup udaraNya hari ni, Isnin bersamaan 13 Jamadil Awal 1434H. Bersyukur kepada Yang Maha Esa ♥ Hijrah. Mendape HIJRAH ni? Kite duk sebut sokmo hijrah, hijrah. Tahu dok maksudnye? Semua tahu doh op, mende maksud hijrah. Tapi Ainn nok kabo gok sini maksud hijrah. Perkataan HIJRAH berasal dari bahasa Arab yang bermaksud meninggalkan suatu perbuatan atau menjauhkan diri dari pergaulan atau berpindah dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain. 



"Orang-orang yang berhijrah itu ialah orang yang meninggalkan segala apa yang Allah telah melarang daripadanya." - Riwayat Bukhari dari Abdullah bin Umar R.A

Entry kali ni Ainn nok sebut pasal meninggalkan suatu perbuatan a.k.a HIJRAH. Perbuatan gane ho Ainn? Dari makang nasi pahtu makang pasir? Olohh, mikir makang sokmo. Maksudnye, tinggalkan bende² hok dilarang oleh Allah S.W.T. Everyone has their own past. Tinggalkan alam jahiliyah. Kembali bertaubat ke jalan yang diredhaiNya. Kembali mencari ilmu Allah untuk bekalan di akhirat kelak. Allahu.. Cuba kite muhasabah diri kite ning. Hari ni kite bangun, ucap Alhamdulillah dok lagi atas keizinan Allah wi kite hirup udaraNya? Kite ucap dok Alhamdulillah atas peluang hok Allah bagi untuk kembali kepadaNya? Kite baca Al-Quran dok lagi hari ni? Se ayat jadi doh. 

Yee, hijrah bukanlah perkara hok senang. Apetah lagi istiqamah. Lagi susoh op. Nok buleh ke istiqamah tu, rohok. Espeseli istiqamah dalam bab AURAT. Fuhhh, susoh. Istiqamah ni bende hok paling susoh nok capai. Nabi pung dalam sesempurna Nabi, Allah pernoh tegur Nabi hanye sebab Nabi bermasam muke dengan seorang buta ni. Kite ni, sebutlah sokmo "Aku tahu Ya Allah, sapa suatu saat, aku akan lalai. Sekarang aku buleh istiqamah. Kekgi aku akan lalai. Tapi aku mintok Ya Allah, cepat sedarkan aku bila aku lalai." Pesan sokmo ke diri kite ning. InsyaAllah, Allah permudahkan.


Kaki kan aurat. Tutuplah, pakai sarung kaki. Kan comel ♥ :)


SubhanAllah. InsyaAllah, ni lah bakal penghuni Syurga ♥

Ni nok kongsi sikit. Doa kalau bab istiqamah ni, bacelah "Robbana la tuzi' kulubana ba'da izhadai tana..." Sambung diri ah sapa abish. Tahu kang doa tu? Ho, amal hok tu. Se lagi iktikad/pegang/letok kemah keming dalam hati. Seolah-olah tengah bercakap dengan Allah. Sebut sokmo aku ade Allah, aku ade Allah. InsyaAllah, Allah permudahkan urusan kite. Allahumma yassir wala tuassir. Sapa sini dulu entry. Hok saloh dari Ainn, hok betul sume dari Allah S.W.T. Wallahualam. Assalamualaikum ^^



Terima kaseh sebab sudi baca entry Ainn :)

Sunday, 17 March 2013

Gadis Pertikai Hukum Allah Diberi Balasan Cash.

Views

Assalamualaikum sume :D Alhamdulillah masih bernafas hari ni Ahad bersamaan 5 Jamadil Awal 1434H. Bersyukur kepada Yang Maha Esa yang telah izinkan kite untuk hirup udaraNya. Alhamdulillah. Same² kite manfaatkan masa/peluang yang diberi olehNya dengan sentiasa bertaubat, memohon ampun kepada Allah serta perbanyokkan amalan kite, insyaAllah :) Lame doh dok apedek. Still alasan yang same setiap kali wak entry baru. Asiff -____- Hari ning Ainn kopipeh je cerita hok rase nok apedek :p Tengok tajuk rase macang tahu doh guane cerita op. Dakpelah, hok dok tahu lagi, buleh bace. Same² kite pakat ambik ikhtibar, insyaAllah ^^

"Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah.

Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya: “Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki.. ” nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek: “Siapalah kamu hai orang tua? Adakah kamu cuba nak ingatkan aku supaya menutup aurat sepenuhnya sedangkan bapa kandungku sendiri tidak pernah menasihatiku?Apakah kamu mahu aku berpakaian menutup aurat sedangkan aku masih mahu bebas menayangkan tubuh badan ku di khalayak ramai?Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?”

Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. ” Jika ISLAM itu BENAR, tempatkan bilikku di Neraka, Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku,” katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis. Sayang sekali, wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam agama itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.

Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na’uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai Muslim sejati. Jangan sesekali kita mempertikaikan hukum Allah mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau mengejek. Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.

Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi kepada kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul ‘alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan.

Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang dilakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu sehingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang tersebut . Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang pemilik yang menjadikan bumi ini.

Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah s.w.t. taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan agar Dia memberikan kekuatan agar kita sentiasa dapat menjaga lidah kita, amin.Kisah ini dikongsikan dan diceritakan bersama oleh sahabat saya sendiri yang berasal di Malaysia dan kini berada di perantauan sana..

– MANAR ISLAM
"




Semoga kisah ni buleh dijadikan iktibar dan pengajaran untuk kite sume. Dear Kaum Hawa, tutuplah auratmu dengan sempurna. Jangan perlekehkan hukum dan suruhan Allah. Sesungguhnye azabNya pedih sangaaaaaaaaatttt². Allahurobbi. Nauzubillah. Sapa sini dulu entry, insyaAllah panjang umur apedek lagi. Wallahualam, assalamualaikum ^^



Terima kaseh sebab sudi baca entry Ainn :)

Wednesday, 20 February 2013

Rasulullah S.A.W dan Kucingnya ♥

Views

Assalamualaikum. Alhamdulillah, buleh lagi kita menghirup udaraNya pada hari ning Rabu bersamaan 9 Rabiul Akhir 1434H. Bersyukur kepada Allah Yang Maha Esa ♥ :') Hari ning Ainn nok cerita sikit pasal Rasulullah S.A.W dan Kucingnya. Mesti awok² sume tahu doh kang mendape name kucing kesayangan Rasulullah? Haaaa. Mende name? Ce teka, ce teka ;D Name kucing Baginda, Muezza. Muezza ke Mueeza? O.O Tukor sokmo. Muezza ah op? ;) *kalu saloh, tegur neh ^^ Untuk entry kali ning, Ainn nok credit kan ke belog LUVISLAM. Kebanyokkannye Ainn ambik isi dari belog ning sebab dok mari idea nok taip guane -___- Selamak membaceee :D


Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Suatu ketika, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Kerana tidak mahu mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya.

Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan tunduk sujud kepada tuannya. Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing baginda itu sebanyak 3 kali.

Dalam peristiwa lain, setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, nabi selalu menggendong mueeza dan diriba diatas pahanya. Salah satu sifat Mueeza yang nabi sukai ialah dia selalu mengeong ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan.

Comelnyeeeee ♥ :O

Kepada para sahabat, nabi selalu berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan, seperti menyayangi keluarga sendiri.

Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan manja ini sangatlah berat, dalam sebuah hadis sahih Al Bukhari, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepaskan kucingnya untuk mencari makan sendiri.

Nabi SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksaan neraka. Tidak hanya nabi, isteri nabi sendiri, Aisyah binti Abu Bakar Ash Siddiq pun amat menyukai kucing, dan merasa amat kehilangan dikala kucingnya meninggalkan

Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman bin Sakhr Al Azdi diberi jolokan Abu Hurairah (bapa kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara banyak kucing jantan dirumahnya.

p/s : Ada sesetengah dari kita sanggup membiarkan kucing kelaparan. Mungkin ramai yang tidak mengetahui balasannya.


Eeeeee, rase nok kenyek² je pipi kucing ni. Aihhh, bakpe comel sangat ninggg ♥ :O Doh². Sampai sini dulu entry Ainn, insyaAllah laen kali pulok apedek ;) Hok saloh dari Ainn, hok betul lagi ekselenggg dari ALLAH S.W.T ♥ Wallahualam, assalamualaikum :)



Terima kaseh sebab sudi baca entry Ainn :)

Friday, 15 February 2013

Kempen Tutup Aurat #THT

Views

Assalamualaikum semua :) Alhamdulillah masih bernafas hari ni Jumaat, penghulu segala hari, hari yang penuh barakah bersamaan 4 Rabiul Akhir 1434H. Bersyukur kepada Allah S.W.T :) Alhamdulillah, hari ning Ainn berpeluang lagi untuk apedek belog ning. Hari ning nok apedek sedikit sebanyok pengalaman Ainn mase join Kempen Tutup Aurat pade Sabtu minggu lepas di Masjid Abidin (Masjid Putih) dan sekitar Dataran Shahbandar - Pasar Payang. Lame doh berlangsung, baru nok apedek hari ning -_- Asiff jiddan, dok dang nok apedek, busy siket. Padahal duk depan laptop aje. Wakaka ;D 


Alhamdulillah, kali pertame #TeamHijrahTerengganu buat program besor gini. Walaupun ade sedikit kekurangan, tapi tetap berjalang dengan lancor. Jazakillahu khairan kathira kepada Kak Asma Suardi sebab bagi ceramah tentang aurat dan guane nok berdakwah. Perkongsian yang sangat padat dan best gila :O Walaupun Ainn gi dinung dengan dok kenal mane Muslimin dan Muslimat #TeamHijrahTerengganu, tapi alhamdulillah dapat bekerjasame dengan baik. Sume sporting gila ! :D Macang lame doh kenal, padahal baru hari tu kenal :'D Syukran jazilan kat semua akhi, ukhti hok beri tunjuk ajor kat kitorang ning espeseli Akh Fahim, Akh Hamid, ketua kumpulan Ainn, Kak Asma, Kak Juyeng, Kak Jannah, Kak Iylia, Kak Fi (#THK), Kak Wan, Kak Noyu, Kak Ilmi, Kak Aisyah, Kak Jie dan sahabat² hok join belake, Kak Ida, Kak Intan, Kak Qaseh, Kak Eddie, Kak Balqis, Farah, Syakirah, Aqilah, Anis, Aiman, Jie, Syerah eng sumeeeee lah :D 

Dok larat nok sebut belake, ramai do'oh XD Ni lah Muslimin & Muslimat #TeamHijrahTerengganu. Diorang sangat sporting and AWESOME ! ♥ *ade lagi hok adok dalang gambor termasuk Ainn. Hihi ^^


Gambo atah ning mase last² doh. Lepah mayang Asar berjemaah, kitorang snap sekeping due untuk kenangan. Cehhh, hehe :') Bawoh nok kongsi pulok gambo ahli #TeamHijrahTerengganu tengah dengor ceramah dan mase #StreetDakwah :)







 



Hok dok dapat join haritu, tolong jangan jeles ye. Hahaha (ketawe kejam) ;D 



Sampai sini dulu ah entry Ainn op. Dok tahu doh nok kabo mendape agi. Hihi. Syukran jazilan kepada sume sahabat-sahabat #TeamHijrahTerengganu dan ukhti-ukhti dari #TeamHijrahKelantan espeseli Kak Asma Suardi, penceramah untuk muslimat. Dok lupa jugok kepada sume orang hok bagi sokongan dan pendapat positif. Dan tenkiu jugok sebab terima dan bace flyers/pamplet dari kami :'D Wallahualam, assalamualaikum ^_^



Terima kaseh sebab sudi baca entry Ainn :)

Friday, 8 February 2013

Aurat Oh Aurat !

Views

Assalamualaikum. Alhamdulillah masih bernafas hari ni, Jumaat bersamaan 27 Rabiul Awal 1434H. Bersyukur kepada Yang Maha Esa. Alhamdulillah :') Hari ni Ainn nok sentuh siket pasal AURAT. Winkwink ^^ Dok kang dok tahu nape AURAT op? Kalu ade gok hok dok tahu tu, berat nanang doh tu. Balik awal ahhhh ~


Sapa ke hari ning, antara aurat hok sokmo diabaikan oleh orang puang adelah lengan dan kaki :O Hok tudung soh beng care lagi ah. Sebut pasal 2 aurat ni dulu. Lening orang op, ye wat dok kesoh je pasal lengan dengan kaki. Diorang rase adok bende pun kalu dok pakai. Sebab bagi die, orang dok nampok sangat pung lengan dengan kaki ning. Tapi kalu naik tangge, kalu dok pakai stokin, buleh nampok sapa betis. Allahu, dok baik gituu. Aurat ning WAJIB tutup. Doh kalu dok tutup? BERDOSA lah awokk :O


Ramai jugok orang anggap tutup aurat ni sekadar pakai tudung. Saloh yee. Walaupun pakai tudung doh, dok semestinya ikut syarat tutup aurat doh.  Tudung ni saloh satu cara untuk tutup aurat. Doh kalu takboh pakai gok tudung Ainn eh? Guane pulok? Pakailah baldi besor pungg, tebok due buter lubang untuk mate sudoh ah. Kalu takboh pakai baldi gok? Kotok (kotak) belambok lana. Doh kalu takboh pakai gok? Banyok tanye pulok op. Kalu takboh pakai gok sudoh ah. Doh tu tahan pulok duk dalam Nerake kekgi bertahun² ho? Nauzubillah.. Mintok ampun, mintok jauh lah belake. InsyaAllah. Kadang tu orang lening pakai tudung, tapi baju kebah hok adik umur 2 tahun. Astaghfirullah. Dok takut ke ngan azab Allah? :(


- Pakai tudung TAPI nampok rambut.
- Pakai tudung TAPI nampok kaki.
- Pakai tudung TAPI nampok leher.
- Pakai tudung TAPI baju lengan pendek.
- Pakai tudung TAPI baju singkat.
- Pakai tudung TAPI sanggul tinggi.
- Pakai tudung TAPI baju ketat.
- Pakai tudung TAPI pakai legging.
- Pakai tudung TAPI dok tutup dada.
- Pakai tudung TAPI bertabarruj.

Ni lah masalohnye. Bakpe jadi gini? Nok tunjuk sangat 'FASHION' terkini. Kononnye pakai jubah, tudung labuh, pakai sarung kaki atau tutup aurat ketinggalan zaman. Sebenornye orang hok dok tutup aurat ni lah ketinggalan zaman ! Sebab ape Ainn kate gitu? Doh orang zaman jahiliyah dulu pung ade orang hok dok tutup aurat. Macang nok balik pade zaman jahiliyah pulok. Allah bagi kite ni kesenangan. Harta. Pitih. Gunelah sikit pitih tu untuk beli pakaian yang menepati syarat tutup aurat. Bukang sebab fashion terkini semata-mata. Bereh? 


Sampai sini dulu entry Ainn. InsyaAllah, panjang umur, Ainn apedek lagi :) Kepada sahabat-sahabat yang stay di Terengganu. Buleh lah join KEMPEN TUTUP AURAT esok di Masjid Abidin (Masjid Putih) di bandor. Dekat stesen bas ho ;D Dari pukul 8.30 pagi - 4.30 petang insyaAllah. Jumpe dinung ! :) Wallahualam, assalamualaikum :)



Terima kaseh sebab sudi baca entry Ainn :)

Sunday, 27 January 2013

Kekasih ALLAH S.W.T.

Views

Assalamualaikum. Alhamdulillah, masih bernafas hari ni Ahad bersamaan 15 Rabiul Awal 1434H. Ade hok dok ingat tarikh hari ni dalam tahun Hijrah? Dok ingat gok berat nanang ah.. Hehe. Okay, macang hok Ainn janji minggu lepas. Ainn nok share video pasal Rasulullah S.A.W ke sahabat² semua op. Bakpe nok share Ainn eh? Semua orang Islam tahu doh pasal ni kang? Yee, memang ade hok tahu doh. Tapi ade jugok hok dok tahu kisah sebenonyee. Hok tahu doh, takboh tengok pun dakpe. Ambe pun dok kisah. Hihi

Jeng, jeng, jenggg.. Dok kejuk punggg. Lol -_- Video ni Ainn ambik dengan Cikgu Sejarah Ainn. Nok kene mention gok ke name dia? Dakyoh ah op? Hihihi. Dari Cikgu Tajuddin name dia. Kenal dok tarang op :p Lepah Cikgu tunjuk slide show pasal Sejarah ni, dia pung pasang video ni. Sedih gilaaaaaa T_T
*mohon sediakan tisu*



So, guane? Bereh? Ainn tengok pulok sekali agi. Berabok pulok air mate. Nusuk bawoh bantal pa. Kesat air mate ngan tisu 2-3 helai -___- Tapi se ah hok Ainn rase macam lain bila tengok video ni. Bila hayati sungguh², rase rinduuuuuuuuuuu sangat ke Rasulullah S.A.W ♥ Kalau lah Baginda ade lagi, memang Ainn gi jumpe hari². Tapi nok buat guane. Allah atur gini. Lagipun Rasulullah kabo doh, orang hok Baginda rindu sekali ialah umatnya hok Baginda dok pernoh jumpe, hok dok pernoh tengok Baginda. Sape diorang tu? Sape umatnya hok betuah tu? KITELAH. Bersyukurlah kepada Allah op :') Kite buat nape hok Allah perintahkan, tinggal nape hok Allah larang, ikut sunnah Rasulullah S.A.W, selawat banyok² ke atas Baginda, InsyaAllah. Kite akan dapat syafaat Baginda kekgi :')

Sapa sini dulu entry hari ni. Esok² luse pulok apedek, insyaAllah. Wallahualam. Allahumma Solli Ala Saidina
Muhammad ♥ Assalamualaikum :)



Terima kaseh sebab sudi baca entry Ainn :)

Thursday, 24 January 2013

Salam Maulidur Rasul :)

Views

Assalamualaikum readers :) Alhamdulillah, masih bernafas hari ni ye Khamis bersamaan dengan Hari Lahir Nabi Muhammad S.A.W, 12 Rabiul Awal 1434H. Same-same perbanyokkan selawat ye ^^ Allahumma Solli Ala Saidina Muhammad ♥ :') 


Sebenonye Ainn ingat nok share 1 video untuk sahabat-sahabat sume. Video tu cerita tentang kewafatan Rasulullah S.A.W. Cikgu Sejarah Ainn tunjuk video tu baru ning. Tapi assiff jiddan. Dok dang nok gi ambik dengan dia, busy siket. Assiff. Tapi semua orang tahu doh pasal cerita ni. Cume nok recall balik :') Mase mula-mula tengok video tu sume orang macam excited sume. Sapa je tengah siket lepah play video tu, okay. Sume orang start wat kuor tisu, sapu tangan sume. Satu kelas nangis tengok video pasal Rasulullah S.A.W saje. Tu dok jupe lagi dengan Baginda. Allahu :'(

Dalang video tu dia cerita mase Rasulullah sakit, macam dokrok dohlah. Mase tu ade orang gi kat rumoh Rasulullah. Pahtu Fatimah, anok Rasulullah pung gi tengok sape hok mari tu. Fatimah dok wi orang tu masuk. Katanye Rasulullah sakit. Pahtu kalu Rasulullah tanye Fatimah, sape hok mari tu. Fatimah pun kate, "Dok tahu, dok pernoh tengok orang tu sebelum ni." Ye cakak dalam bahase arab lah, bukang ganu -_- Rasulullah pung jawab "Itulah Malaikat Maut." And mase tu jugok lah bunyi kilat + guruh dalam video tu. Mase tu jugok lah air mate ambe berabok meluncur atah pipi ning. Allahuakbar, Allah je tahu guane perasaan Ainn mase tu.. :'(


Sedih yang teramat sangat.. :'( Pahtu mase Malaikat Maut nok cabut nyawa Rasulullah tu, Jibril, Fatimah dan para sahabat ade jugok situ. Sume nangis. Rasulullah sapa mengadu kepada Jibril betapa sakitnye Sakaratul Maut mase roh Baginda ditarik oleh Izrail sapa Baginda menjerit. "Ya Allah !" Jibril palingkan muka dia dari tengok keadaan Rasulullah. Lalu Rasulullah kabo ke Jibril, "Wahai Jibril, hina sangat ke aku sapa kau berpaling dari melihat wajahku ?" Jibril pung jawab, "Tidak Rasulullah, sape sanggup tengok kekasih ALLAH direnggut nyawa." Allahuakbar :'(

Sapa situ dohlah Ainn cite, nok nangis pulok wase bila teringat ke cerita tu :'( InsyaAllah, Ahad ni Ainn akan apedek belog dan share video tu untuk sahabat-sahabat sume. Sabor neh. HIHI :') Sapa sini dululah entry Ainn. Wallahualam, assalamualaikum :)


Terima kaseh sebab sudi baca entry Ainn :)

Friday, 11 January 2013

Kerana Dia Seorang Ayah :)

Views

Assalamualaikum sahabat fillah :) Alhamdulillah, masih bernafas hari ni, Jumaat, penghulu segala hari bersamaan 29 Safar 1434H. Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah S.W.T. atas nikmat dan peluang yang diberi untuk perbaiki diri ke arah lebih baik. InsyaAllah :) Kalau dok silap hari ni last dalam bulan Safar op? Esok masuk doh 1 Rabiul Awal 1434H. Allahu, cepatnye mase berlalu :') Semoge hari-hari kita berlalu dengan perkara yang berfaedah. InsyaAllah.

Hari ni Ainn nok apedek sikit pasal satu cerite ni Ainn jumpe dekat pesebuk. Tengok tajuk tahu doh op guane cerite ni. Cerite hok Ainn kopipeh ni dok panjang mane. Tapi insyaAllah buleh lah sikit sebanyok pengajaran atau ikhtibar untuk kite. Supaye nok buat nape-nape, nok mintok nape-nape ngan Ayah, mikir lu 3-4 kali. Mampu dok Ayah kite nok belanje nape kemahuan kite? Pikir, kite duk gune duit dia hari-hari untuk mende? Gune lah untuk hok molek-molek. Jangan bazir sudoh. So, dakyoh panjang-panjang lah mukaddimah op ^^ Hihi. Selamak bace laaa ~ 



Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, "Pakcik, laptop..." - dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, "Nak beli untuk anak ke?", "Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar - laptop yang mana yang ok?". Aku mempromosi barang seperti biasa - aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. "Kalau nak yang bagus mahal pakcik - tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung - seribu seratus lebih je...". Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut "Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." - pergi dengan suatu perasaan yang lain.

Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan - aku duduk di kaunter menunggu pelanggan - dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya - perempuan. "Yang mana ya yang haritu, ada lagi tak?", "Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie stok baru - harga sama je", aku menyambut soalan nya. Dia bertanya kepada anaknya, "Yang nie ok ke dik?" - "Ermmm, ok ke nie murah je - karang rosak karang susah..." jawabnya dengan muka yang kurang puas hati - anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal. "Yang acer nie x boleh ke ayah?", ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi, "Yang acer nie berapa boleh murah lagi?" - "Yang tu tak dapat dah pakcik,... Dah harga kos dah tu..." aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, "Dik, nak laptop untuk belajar kan... Rasanya kalau untuk belajar - yang nie lebih dari cukup - rosak tak payah pikir sangat - warenti setahun.". Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya.

"Oklah, yang ini." jawab anaknya. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja 'display' - aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar - aku nampak dompetnya kosong - habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula - dia melihat tanganku yang mengira. Habis aku mengira - wang aku masukkan dalam cash drawer, "Cukup duit tadi dik?" - "Cukup, Terima Kasih ya...". Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan - RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya - penuh harapan.

Aku geram kepada anaknya - seperti dia tidak tahu ayahnya bagaimana - hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati sekeping-sekeping duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu 'mengais' untuk hari esoknya.

Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin...

Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan - aku duduk di kaunter menunggu pelanggan - dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya - perempuan. "Yang mana ya yang haritu, ada lagi tak?", "Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie stok baru - harga sama je", aku menyambut soalan nya. Dia bertanya kepada anaknya, "Yang nie ok ke dik?" - "Ermmm, ok ke nie murah je - karang rosak karang susah..." jawabnya dengan muka yang kurang puas hati - anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal. "Yang acer nie x boleh ke ayah?", ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi, "Yang acer nie berapa boleh murah lagi?" - "Yang tu tak dapat dah pakcik,... Dah harga kos dah tu..." aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, "Dik, nak laptop untuk belajar kan... Rasanya kalau untuk belajar - yang nie lebih dari cukup - rosak tak payah pikir sangat - warenti setahun.". Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya.
"Oklah, yang ini." jawab anaknya. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja 'display' - aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar - aku nampak dompetnya kosong - habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula - dia melihat tanganku yang mengira. Habis aku mengira - wang aku masukkan dalam cash drawer, "Cukup duit tadi dik?" - "Cukup, Terima Kasih ya...". Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan - RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya - penuh harapan.
Aku geram kepada anaknya - seperti dia tidak tahu ayahnya bagaimana - hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati sekeping-sekeping duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu 'mengais' untuk hari esoknya.




Allahurobbi. Terharu den bace cerite ni. Nok nitik doh air mate. Tapi gitu ah, kadang tahang ugok. Jom pakat aamiin tek doa bawoh ni :)

Ya Allah, ampunilah segala dosaku dan dosa kedua ibubapaku dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin :')

Wallahualam, assalamualaikum :)



Terima kaseh sebab sudi baca entry Ainn :)

Tuesday, 1 January 2013

Hari Pertama Sekoloh #2013?

Views

Assalamualaikum semua :) Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk bernafas dan perbaiki diri ke arah lebih baik hari ni, malang ni, Selasa bersamaan 19 Safar 1434H. Bersyukur kepada Yang Maha Esa :') Hari ni hari pertame sekoloh 2013, alhamdulillah buleh gi dengan baju baru, jilbab baru, kasut baru. Lol -.- Dan alhamdulillah, selesai orientasi bagi Ainn ngan sahabat-sahabat F4 hari ni. Esok dan luse insyaAllah ade lagi. Dan Ainn ambik keputusan doh nok ambik ADDMATH untuk tahun ni :O

Walaupungg orang duk kate "payoh wehhh, pecoh due pale mung kekgi main ngan addmath. Tobak dok nawokk !" Dakpelah, dok cube dok tahu lagi. Kalu payoh pung, usehe kene lah lebih. Dok usehe guane nok buleh markah cemerlang. Yedok? Tapi Ainn syorkan soh beng ambik aliran hok femes-femes saje. Bergantung pade kite jugok. Kalu rase minat aliran ni, wase buleh gi, ho ambik aliran ni. Kalu dok, ambik aliran lain. Kalu takboh ambik belake, soh beng sekoloh lah mung eh -_-


Bakpe ade muke gitu ho? Kalu cite kartong, lepah muke gini, balik teruh orang. Kaki tah ke atah, pale tah bawoh. Doh ni guane hal? Bakpe pulok? Takdi mase orientasi, ade ucapan dari cikgu disiplingg jahhhh ~ Ade se hal ni buat Ainn speechless. Katenye dok buleh pakai handsock/handguard/sarung tangan/stokin tangan dan same waktu dengannye YANG BERWARNE selain putih TERMASUK HITAM. Maknenye termasuk warne kulit. Selame Ainn sekoloh rendah (-_-) dan 3 tahung sekoloh menengah dok pernah dengor peraturan ni. Rase macam pelik pulok. Hok berwarne memang dilarang. Tapi warne hitam dokleh, rase pelik sangat. Bakpe dok ahu -.- Mungkin Ainn je wase gitu kot. Orang lain dok.

Teringin sangat nok tahu bakpe dok buleh pakai warne hitang. Besenye orang hok pakai handsock gi sekoloh ambe termasuk ambe sendiri, majoritinye pakai warne hitang. Tahung sebelung-sebelung ni pung adok hal pun pakai. Malah, digalakkan supaye dok napok aurat. Tapi biarlah guane-guane. Aurat tetap kene tutup. Dok kirelah pakai handsock warne mende pun, asalkan TUTUP AURAT. Jangan sebab kite dok wahi sesuatu peraturan kat sekoloh mahupun kat lain, kite dok tutup aurat. Dokleh, ingat azab Allah kat nerake kekgi kalu dok tutup aurat ! Nauzubillah.

Sampai sini lu, jari letih doh menari atah keyboard. Hok saloh dari Ainn, hok betul dari Allah S..W.T. Wallahualam. Assalamualaikum :) Ilalliqa' ^^




Terima kaseh sebab sudi baca entry Ainn :)