Monday, 25 March 2013

Hijrah Itu Indah.

Views

Assalamualaikum. Alhamdulillah masih berpeluang untuk menghirup udaraNya hari ni, Isnin bersamaan 13 Jamadil Awal 1434H. Bersyukur kepada Yang Maha Esa ♥ Hijrah. Mendape HIJRAH ni? Kite duk sebut sokmo hijrah, hijrah. Tahu dok maksudnye? Semua tahu doh op, mende maksud hijrah. Tapi Ainn nok kabo gok sini maksud hijrah. Perkataan HIJRAH berasal dari bahasa Arab yang bermaksud meninggalkan suatu perbuatan atau menjauhkan diri dari pergaulan atau berpindah dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain. 



"Orang-orang yang berhijrah itu ialah orang yang meninggalkan segala apa yang Allah telah melarang daripadanya." - Riwayat Bukhari dari Abdullah bin Umar R.A

Entry kali ni Ainn nok sebut pasal meninggalkan suatu perbuatan a.k.a HIJRAH. Perbuatan gane ho Ainn? Dari makang nasi pahtu makang pasir? Olohh, mikir makang sokmo. Maksudnye, tinggalkan bende² hok dilarang oleh Allah S.W.T. Everyone has their own past. Tinggalkan alam jahiliyah. Kembali bertaubat ke jalan yang diredhaiNya. Kembali mencari ilmu Allah untuk bekalan di akhirat kelak. Allahu.. Cuba kite muhasabah diri kite ning. Hari ni kite bangun, ucap Alhamdulillah dok lagi atas keizinan Allah wi kite hirup udaraNya? Kite ucap dok Alhamdulillah atas peluang hok Allah bagi untuk kembali kepadaNya? Kite baca Al-Quran dok lagi hari ni? Se ayat jadi doh. 

Yee, hijrah bukanlah perkara hok senang. Apetah lagi istiqamah. Lagi susoh op. Nok buleh ke istiqamah tu, rohok. Espeseli istiqamah dalam bab AURAT. Fuhhh, susoh. Istiqamah ni bende hok paling susoh nok capai. Nabi pung dalam sesempurna Nabi, Allah pernoh tegur Nabi hanye sebab Nabi bermasam muke dengan seorang buta ni. Kite ni, sebutlah sokmo "Aku tahu Ya Allah, sapa suatu saat, aku akan lalai. Sekarang aku buleh istiqamah. Kekgi aku akan lalai. Tapi aku mintok Ya Allah, cepat sedarkan aku bila aku lalai." Pesan sokmo ke diri kite ning. InsyaAllah, Allah permudahkan.


Kaki kan aurat. Tutuplah, pakai sarung kaki. Kan comel ♥ :)


SubhanAllah. InsyaAllah, ni lah bakal penghuni Syurga ♥

Ni nok kongsi sikit. Doa kalau bab istiqamah ni, bacelah "Robbana la tuzi' kulubana ba'da izhadai tana..." Sambung diri ah sapa abish. Tahu kang doa tu? Ho, amal hok tu. Se lagi iktikad/pegang/letok kemah keming dalam hati. Seolah-olah tengah bercakap dengan Allah. Sebut sokmo aku ade Allah, aku ade Allah. InsyaAllah, Allah permudahkan urusan kite. Allahumma yassir wala tuassir. Sapa sini dulu entry. Hok saloh dari Ainn, hok betul sume dari Allah S.W.T. Wallahualam. Assalamualaikum ^^



Terima kaseh sebab sudi baca entry Ainn :)

Sunday, 17 March 2013

Gadis Pertikai Hukum Allah Diberi Balasan Cash.

Views

Assalamualaikum sume :D Alhamdulillah masih bernafas hari ni Ahad bersamaan 5 Jamadil Awal 1434H. Bersyukur kepada Yang Maha Esa yang telah izinkan kite untuk hirup udaraNya. Alhamdulillah. Same² kite manfaatkan masa/peluang yang diberi olehNya dengan sentiasa bertaubat, memohon ampun kepada Allah serta perbanyokkan amalan kite, insyaAllah :) Lame doh dok apedek. Still alasan yang same setiap kali wak entry baru. Asiff -____- Hari ning Ainn kopipeh je cerita hok rase nok apedek :p Tengok tajuk rase macang tahu doh guane cerita op. Dakpelah, hok dok tahu lagi, buleh bace. Same² kite pakat ambik ikhtibar, insyaAllah ^^

"Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah.

Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya: “Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki.. ” nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek: “Siapalah kamu hai orang tua? Adakah kamu cuba nak ingatkan aku supaya menutup aurat sepenuhnya sedangkan bapa kandungku sendiri tidak pernah menasihatiku?Apakah kamu mahu aku berpakaian menutup aurat sedangkan aku masih mahu bebas menayangkan tubuh badan ku di khalayak ramai?Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?”

Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. ” Jika ISLAM itu BENAR, tempatkan bilikku di Neraka, Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku,” katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis. Sayang sekali, wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam agama itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.

Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na’uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai Muslim sejati. Jangan sesekali kita mempertikaikan hukum Allah mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau mengejek. Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.

Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi kepada kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul ‘alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan.

Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang dilakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu sehingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang tersebut . Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang pemilik yang menjadikan bumi ini.

Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah s.w.t. taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan agar Dia memberikan kekuatan agar kita sentiasa dapat menjaga lidah kita, amin.Kisah ini dikongsikan dan diceritakan bersama oleh sahabat saya sendiri yang berasal di Malaysia dan kini berada di perantauan sana..

– MANAR ISLAM
"




Semoga kisah ni buleh dijadikan iktibar dan pengajaran untuk kite sume. Dear Kaum Hawa, tutuplah auratmu dengan sempurna. Jangan perlekehkan hukum dan suruhan Allah. Sesungguhnye azabNya pedih sangaaaaaaaaatttt². Allahurobbi. Nauzubillah. Sapa sini dulu entry, insyaAllah panjang umur apedek lagi. Wallahualam, assalamualaikum ^^



Terima kaseh sebab sudi baca entry Ainn :)